;

Tuesday, November 17, 2009

PROGRAM Literasi dan Numerasi

2009 merupakan tahun terakhir Program KIA2M. Khabarnya program yang telah dilaksanakan selama enam tahun itu akan diganti dengan program baru sebagai penambahbaikan. Program tersebut khabarnya dikenali sebagai Program Literasi dan Numerasi ( LINUS ) yang menekankankan satu lagi bidang teras pendidikan iaitu mengira. Di bawah Program KIA2M, hanya asas membaca dan menulis menjadi teras kepada program. Bagaimana bentuk dan kurikulum yang akan dilaksanakan belum diketahui kerana khabarnya dalam peringkat terakhir sebelum guru-guru yang terlibat diberi kursus dan pendedahan. Program ini adalah rentetan daripada hasrat Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan bertujuan melahirkan warga Malaysia yang celik 3M.

PETIKAN UCAPAN YAB PERDANA MENTERI :
Meningkatkan kadar literasi dan numerasi

Tiada gunanya kita bercakap tentang kemajuan seandai dan sekiranya masih kedapatan golongan yang tercicir hatta tidak boleh membaca dan mengira. Sedangkan ilmu itu adalah penyuluh dan pelita. Menurut maklumat, pada masa ini, terdapat sebilangan kalangan murid normal sekolah rendah yang masih belum dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Oleh yang demikian, kerajaan bertekad untuk memastikan semua murid normal dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun bersekolah.

Antara programnya termasuk menyediakan modul khas untuk murid dan guru, menyaring murid mengikut keupayaan serta menyediakan programlatihan khas untuk guru. Langkah ini mula dilaksanakan pada 2010, melibatkan semua murid Tahun Satu dengan jumlah peruntukan RM32 juta.


Read more...

Tuesday, September 15, 2009

SALAM AIDILFITRI

Read more...

Thursday, August 27, 2009

Kesan Tidak Tahu Membaca ???

Pengaruhi minat belajar

Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar

Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk

Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba

Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Read more...

Prabacaan

Membaca boleh ditakrifkan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses, iaitu;

(a) menterjemahkan lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa.

(b) Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa


Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca

1. Keadaan fizikal

(i) Penglihatan (ii) Pendengaran (iii) Pertuturan (iv) Umur (v) Jantina

2. Pengalaman dan persekitaran

Pendedahan bahan bacaan di rumah

3. Emosi dan motivasi

(ii) Adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi?

(iii) Adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku?

4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif

(i) Daya kecerdasan (ii) Kebolehan mental secara keseluruhan


Aktiviti prabacaan

a. Mengenal gambar yang berlainan seperti membulatkan gambar yang berlainan

b. Mengenal bentuk yang berlainan.



Read more...

Saturday, August 8, 2009

CONTOH LEMBARAN KERJA




Catatan : Dalam proses ubahsuai

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

CONTOH BUKU BACAAN

Read more...

CONTOH SLAID PPT.





Catatan : Slaid boleh dimuat turun melalui butang 'BBM ICT'

Read more...

Buku Bacaan ' Teras Bacaan '



Kandungan :

1. Perkataan, rangkaikata, ayat mengikut kemahiran asas.
2. Hitam putih ( sesuai bagi aktiviti mewarna )
3. Borang Rekod Pencapaian Murid.
4. Lihat contoh dengan muat turun melalui butang 'LEMBARAN KERJA'...proses ubahsuai
sedang dijalankan ( banyak lagi..... )

Harga : ??????..harga fotostat saja....
Pesanan : einol08@yahoo.com

Read more...

CD Teras Bacaan



Kandungan :
1.Slaid MS.PPT : Perkataan, rangkaikata, ayat dan petikan pendek.
2.Lembaran kerja

Harga : ?????...upah burn cd saja....
Pesanan : email einol08@yahoo.com

Read more...

Tuesday, August 4, 2009

PEMBELAJARAN BERTEMA


Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak:

* Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yangdilalui sendiri.
* Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama.
* Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.
* Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.
* Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

Read more...

KELAS KONDUSIF


Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid.

Selain mengajar,guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah.Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah,mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Read more...

Saturday, August 1, 2009

BBM ICT

Read more...

Friday, July 31, 2009

PENGENALAN

Kegagalan berterusan untuk memboleh terpupuknya dengan berkesan penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira seperti yang terkandung dalam perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) tidak boleh dibiarkan. Masalah keupayaan murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran asas bacaan yang menjadi penggerak kepada kemahiran berkomunikasai dan berfikir secara kritis dan kreatif tidak ditangani secara serius dan bersungguh-sungguh. Masalah ini harus diatasi secara jujur oleh semua pihak. Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping mengekalkan minat belajar. Selain itu bahan bantu mengajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran.

Read more...

Kaedah Mengajar Membaca

Ishak Harun (2002)
1. Kaedah Abjad
2. Kaedah Fonik
3. Kaedah pandang dan sebut
4. Kaedah Cerakin
5. Kaedah Gabungan Bunyi Kata.

Kamarudin Hj. Husin (2001)
1. Kaedah Mengeja
2. Kaedah Bunyi
3. Kaedah Huruf
4. Kaedah Pandang Sebut

Read more...

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Jul 2009 Hj.Zainol Abidin bin Basri.SK Teluk Medan. Bagan Serai. Perak Darul Ridzuan.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP