;

Tuesday, August 4, 2009

PEMBELAJARAN BERTEMA


Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak:

* Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yangdilalui sendiri.
* Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama.
* Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.
* Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.
* Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

Read more...

KELAS KONDUSIF


Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid.

Selain mengajar,guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah.Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah,mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Read more...

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Jul 2009 Hj.Zainol Abidin bin Basri.SK Teluk Medan. Bagan Serai. Perak Darul Ridzuan.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP