;

Tuesday, November 17, 2009

PROGRAM Literasi dan Numerasi

2009 merupakan tahun terakhir Program KIA2M. Khabarnya program yang telah dilaksanakan selama enam tahun itu akan diganti dengan program baru sebagai penambahbaikan. Program tersebut khabarnya dikenali sebagai Program Literasi dan Numerasi ( LINUS ) yang menekankankan satu lagi bidang teras pendidikan iaitu mengira. Di bawah Program KIA2M, hanya asas membaca dan menulis menjadi teras kepada program. Bagaimana bentuk dan kurikulum yang akan dilaksanakan belum diketahui kerana khabarnya dalam peringkat terakhir sebelum guru-guru yang terlibat diberi kursus dan pendedahan. Program ini adalah rentetan daripada hasrat Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan bertujuan melahirkan warga Malaysia yang celik 3M.

PETIKAN UCAPAN YAB PERDANA MENTERI :
Meningkatkan kadar literasi dan numerasi

Tiada gunanya kita bercakap tentang kemajuan seandai dan sekiranya masih kedapatan golongan yang tercicir hatta tidak boleh membaca dan mengira. Sedangkan ilmu itu adalah penyuluh dan pelita. Menurut maklumat, pada masa ini, terdapat sebilangan kalangan murid normal sekolah rendah yang masih belum dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Oleh yang demikian, kerajaan bertekad untuk memastikan semua murid normal dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun bersekolah.

Antara programnya termasuk menyediakan modul khas untuk murid dan guru, menyaring murid mengikut keupayaan serta menyediakan programlatihan khas untuk guru. Langkah ini mula dilaksanakan pada 2010, melibatkan semua murid Tahun Satu dengan jumlah peruntukan RM32 juta.


0 comments:

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Jul 2009 Hj.Zainol Abidin bin Basri.SK Teluk Medan. Bagan Serai. Perak Darul Ridzuan.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP